Tuesday, April 23, 2013

masalah

aku menulis ni bukan sebab aku nak memburuk kan orang,aku menulis kerana aku perlu luahkan apa yang aku rasa.
rasa yang kadang susah aku nak explain.susah untuk aku susun ayat.
apa yang aku selalu terapkan dalam diri aku adalah ADAB.beradab walau sedang marah,emosi,sedih,etc.
bila sampai PRU automatik yang dulu nya sopan bertukar wajah jadi monster*sesetengahnya*
stop.

semalam soksek dengan kakak aku,sedihnya lahai mengenangkan perihal adik laki aku sorang tu.apa lah agaknya dalam otak dia sampai bebal sangat nak dengar nasihat orang lain.takcukup lagi ke setiap pengorbanan yang kami buat?dia buta ke sampai taknampak realiti depan mata?hari ni mungkin dia gembira berseronok dengan kawan2,tp esok lusa merana la kau.zaman material dan intelek sekarang orang dah takpandang budak2 baru nak up macam lu bro.orang sekarang makin bijak,nak kena hormat guna otak bukan guna bantai la pekejadah.
nak masukkan dalam sekolah tahfiz dia bole pulak ugut nak lari rumah.budak zaman sekarang -.-
aku selalu rasa kasihan pada ayah.banyak benda dia kena fikir semenjak emak meninggal.adik laki aku ni macam takpernah ada perasaan!asal perut dia terisi,tido dia lena,poket dia tebal semua okay.belajar kelaut,melepak memanjang,apa lah nak jadi.Ya Allah,berikanlah hidayah kepada kami sekeluarga dalam mentarbiyah diri dan keluarga ini.
tempatkan ibuku bersama para mukminin.

adik adik ku.kita semua ada tanggungjawab,ingat tanggungjawab masing masing.berpijak pada realiti kita dah takboleh nak hidup macam dulu lagi. :'(


Tuesday, April 16, 2013

nikmat

jam pukul 1:23am,mata tak reti nak pejam walhal esok exam practical physiology part 2.doakan saya >.<

pada tajuk.hmm
Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?
tak payah lihat pada peribadi orang,korek je personaliti diri sendiri.Jangan jadi terlalu judgemental Budak.
kita ni suka benor mengeluh,bermalas malasan,dan kemudian salahkan takdir.come onn..

refresh balik.
apa yang aku nak dalam hidup ni.Fokus pada apa yang kita nak,jangan dok cite apa yang kita tak nak berlaku kat kita.Takut jadi satu doa pulak.Jangannn.

dan sebenarnya,apa yang kita nak boleh kita dapat tapi semua nya perlukan kerja keras dan keazaman.
mungkin masa pon kita perlu consider kan.doa jangan tinggal.lumrahnya manusia ni suka berdoa dan tetiba jadi solehah bila menjelang exam or tgh diuji.susahkan nak istiqomah?humm.

tahu tak bila kita moody,org lain jadi lebih sensitif taw.dulu aku suka la mcm ni.tapi bila aku dok pikir,apalah salah org tu sampai kena tempias amarah aku.tak kan,dia tak salah.maka kawan kalau kita gagal mungkin jua kerana hubungan kita bersama kawan adalah tidak ikhlas sama sekali.

orait.nite uolls ;)
p/s:aku sekarang selalu terkenang arwah emak aku.emak ampunkan dosa saya...
Ya Allah,tempatkan ibu ku dalam kalangan org yang beriman.
bagi yang masih ada emak,hargai ibu anda,jaga mereka sebaik mungkin kalau tak mahu menyesal nnti :)

Wednesday, April 10, 2013

kesekian kali

hai semua.
Sabtu ini bertarikh 13 April,aku dengan sebilangan kecil kawan aku akan menhadapi exam Physio buat yang kesekian kalinya ;(
maka dengan itu,aku pohon maaf,ampun kepada semua yang kenal or takkenal aku.mungkin ada yang rasa tak sedap ke dengan aku.Sorry dehh.aku pon manusia biasa je.kita kira 0-0 okay.

exam start jam 10 pagi,maksudnya waktu Malaysia jam 4 petang.selitkanlah doa untuk aku dalam doa kalian yeee.terima kasih daun keladi cayang cayang sekalian teheehe~
tahun ni aku berazam untuk cuti raya sepenuhnya di Malaysia.aku tak mahu dan tak mampu dah nak cuti setengah setengah lagi.serik.!

dont forget jugak doakan aku rajin belajar dan kurang berangan hee~*best nye kalau semua angan angan aku tuh jadi kenyataan.but remember!!

A DREAM doesnot become reallity through MAGIC 
It takes 
SWEAT,DETERMINATION,and HARDWORK
ni jadual exam full aku.

written and oral
biochem-17 june/19 june
anatomy-2 july/3 july
physiology-3 july/4 july

practical
physiology-13 april
anatomy-13 may
biochem-19 june

#allahumma najihna fi kulli imtihan fi deen,fi dirasah,fi dunya wal akhirahh
aminn ya rabbal a'lamin.




Wednesday, April 3, 2013

I heart U

tajuk pon macam glamour kan.muehhehe
dikisahkan~
itu hari,ada orang soleh cari calon isteri mithali,makanya direkemen kan lah seorang kawan aku yang memang aku tabik spring dua kali kat dia punya kesufian tuh.
admire dohh orang cenggini.
tiap kali aku bermalam dekat rumah dia,before je Subuh aku dah nampak dia g totoi,amek wudu' then bertahajud.time tu opkos lah mata aku pon baru je terbuka 0.5cm.
dah tiga tahun kat Bumi Anbiya ni,genap tiga tahun jugalah dia takbalik Malaysia.sbb nak belajar.tahun pertama dia pergi umrah.tahun ke dua dia g Yaman.tahun ini iA balik. ;)
kalau dok perati dia ni,macam tak ade satu minit hidup dia pon yang tersia sia.kalau aku ada je time berangan,makan berangan,berak berangan,haih semua lah.
buku buku yang dia baca,perghh lu takyah tanya lah.kitab apa yang tak terjangkau kau nak baca pon dia dah telaah dari kulit ke kulit.
life dia ni konsisten,lepas belajar satu topik,dia ulang balik petang nya.hehhe aku takyah tanya lah.kau kumpul lah selama setahun,dandan waktu tu la,mata macam nak tersembul menscan buku wahahhaa.
background family yang umpphhh,baikbaik belaka.fikiran matang sedari kecil lagi.
first time tengok dia,korang tak kan rasa pon specialnya dia.zuhud.aku ni nampak je macam cakap lebat tapi pengecuttss.(pengakuan yg jarang2)
sekarang dah berhijrah ke tudung labuh.aku masih lagi bertudung Turki yang giler tecik tp kwn aku kata asal aku mengikut syariat(tutup dada,takjarang).Dia pon sokong je aku pakai tudung Turki.yela ada sesetangah pihak kondem gak,bergaya begitu,tentunya akan pandang serong,cakap cakap belakang.ye la ilmu agama dah tinggi kan.
pernah juga aku ni berfikir nak berhijrah ke tudung labuh.entah mungkin akan tiba juga masanya.(aku dulu SMKA).
alkisahnya,bila jodohnya dengan orang begini,aku tersedar satu perkara.bagaimana kau itulah jodoh kau.

starting from now,kalau nak mimpi jodoh yang baik,makanya dekk oii kita kena lah mengubah diri kearah yang lebih baik.
orait banyak dah berceloteh,kering pulak tekak,mengopi dulu lah.tataw.

tehhehee

verangan

haiip
semedang menunggu waktu solat Asar,dan tunggu air mandian panas(lulz),apa lah salah aku menconteng blog lonely ni kan kan :)

huh(amek napas hembus)
aku gila suka verangan,macam dah jadi habit sejak sekolah lg.tapi rasanya dulu aku bole kawal,means time study aku fokus time verangan kena verangan.
but nowadays,aku dah verangan tak kena pada tempat.pantang lepa ada je cara setan nak masuk kat dalam otak aku ni,ade je subjek untuk aku verangan kan.haih~

as all knows,verangan ni boleh melemahkan ingatan.amek medic lu punya engatan kureng,berat lah weih.mana tak nye result suam suam kuku.padahal result org lain tertera gempak dengan mudah dan bangganya.

aku masih takjumpa lagi apa best solution untuk aku stop kan verangan merapi rapik nih.kalau aku list kan ape yg aku angan kan then achieve them,make it real.banyak nak kena pikir dek weih.
for instant,aku verangan nak kawen dengan one of the richest teenager in malaysia(kalau wujud)tak ke sampai ke tuhak gua mendara hahaha.

aku nak capai deanlist,but usaha celah kuku hamster guane tu dek weih.tuh la.kita ni berazam memang berkobar kobar.tapi ways to success tu memey kau kena pulun,semangat je takcukup.positif je takcukup.usaha then tawakal is the key.

k kuar topic jap.bisness gua tak berapa well arranged,so dia punya feedback pon kelaut.aku rasa macam nak amek double degree la.aku nak try amek bisness study,but the problem is MONEY,TIME,PLACE.
bisness clothing ni memang menyeronokkan.aku punya yang taklaku ni pon aku rasa best dan mengujakan.
tapi duit memang mengalir macam air terjun.

orait ni macam kompilasi cite sebulan pulak ye.hehe
k uolls,iolls nak mandi ni tataw.
p/s:I nak bela hamster kejap lagih.doakan I jadi mama yang baek ;)
aii,omey tak iteww ihihi.
-mamapais-

Sunday, March 31, 2013

teguran

Jangan sekali kali menghina 
Allah swt dengan berkata
kegagalanmu adalah kehendak
dan takdirNya,tatkala kamu
tidak berubah kepada yang
lebih baik,kurang berusaha,
mudah berputus asa dan
bermalasan

-FN-

okay,bangun tido,kelewatan!
gosok mata,tengok dekat atas meja ada sekeping kertas comel warna kuning,tertindih oleh sebotol air mineral.
baca.
sentaapp~

well aku ni bukan budak baik sampai boleh sebegitu cepat tersenyum dapat teguran macam gini.Aku takpernah pon terpikir nak menghina Allah!aku hamba yang lemah.masakan aku tergamak menghina yang menciptakan aku ?

pikir balik.okaylah.lagipon yang menegur aku ni bukan calangcalang.baik orangnya.bertudung labuh litup.penghafaz Quran.mumtazah.anak keluarga baikbaik.Aku bukan tandingan untuk berdebat dengan dia tentang hal sekecil ini.ohh come onnn little gurl.chill laahh~

maka aku pon berkuat azam,kemas bilik,basuh baju,and tengah siap nak g mandi(lol perlu ke kau gtaw dunia?)haha
terima kasih kepada sahabat yang menegur itu.you rock gurl!moga kebaikanmu berterusan dan diberkahi Allah :)

okay,aku bukan jenis yg hard feeling sgt k.(yela kau)
papai.

p/s:aku maafkan.dont worry ^^x

Saturday, March 30, 2013

sejujur

hai uolls
harap hari korang bahagia dan ceria pluss diberkahi

semenjak dua dan tiga hari ni,momentum belajar aku makin hanyut bersama Sg.Nil.
terus terbang macam debudebu pasir dekat sini.
prove that u can.this is the last chance baby*auchh*

serabut.itulah sebenarnya yang mind aku tengah ributribut kan.entah hapehape punya pikiran makin menerjang setiap sel sel otak selirat aku nih.kau nak kata aku belajar hard sangat,boleh kira kot bape kali aku sentuh buku dalam sehari.
too hypersensitif.yess!I got that word to describe wht happen to me.bukan sensitif bab2 emo ni,tu jaman kau tahun satu dulu time nak kenal hatibudiperutjantung kawan.sekarang adalah waktu untuk hyper pada benda yang berlaku pada sekellilng kita.
kau akan rasa cepat gila initiate sel otak untuk kerja keras pikiaq benda yang takperlu bhahaaha.
ohoi remaja.will miss this feeling being a teenager ;)

testing ahli beit:
weyh lau aku kawen sekarang agakagak ko ok tak?
alooo sunyiii la itewwww
-hahahak nmpak tak ahli beit aku mmg suweett dan erm aku sgt tomeyyy.ok bai.

Sunday, March 24, 2013

buat lelaki itu

salam
okay ini aku mengaku memang silap aku yang keanak anakan dan tidak matang.
sampai membuat kan seorang lelaki yang punya hati tulus dan suci bakal berantakan.
maafkan aku.
bukan aku yang bakal berada di sisimu.insyaAllah pasti yang jauhhh lebih mulia dan lebih baikk.
jangan pernah terpedaya dengan wajah,kerana ia terlindung berjuta muslihat.

maafkan aku sekali lagi wahai lelaki itu.
:(

Friday, March 15, 2013

bisness

hai readers sekalian *kalau ade la*
erm cakap mengenai tajuk kat atas,well aku dah start bukak bisnes dgn menjual jubah cotton,jubah umbrella polyster,shawl n ade beberapa items aku yang aku nak letgo.

erm memandangkan aku xamek pic lg items tersebut so xdapat la nak upload sekarang ni hihi..
but no worries,iA aku akan update soon.

bismillah harapharap bisness ni lancar,memandang aku memang nak sangat cari income sekarang ni.lagipon xkan la aku asyik nak shopping guna duit dapur je kan kan ?xsedap jugak la kadang tuh.tapi nafsu shopping aku nih mmg susah nak dibendung lagi haih,abang sayang kena la berkerja keras yeee *erm malangnya belom pon ade :( sedihh itewww.bhahaahah booo budak xlaku. :p

aku buat bisness partner dgn adek aku,memandangkan dia pon tgh goyang kaki dekat rumah.jadi apa ade hal sangat lah kalau aku menyibukkan dia kan kan ihiks~kakak mithali la katakan haha.

okay lah.
setelah lebih 3 jam shopping tadi dan ditambah pulak perisa dengan tragedi paksa beli,otak aku mcm hang kejap.
jom rehat.

p/s:salam sayang dr budak kecik yang teringin ke Paris :')
#Parit bole laaa :p
 nak Paris g tido,mimpi la kau Paris tuh.berkhemah la bawah Effeil Tower !

Tuesday, March 12, 2013

tadi

tajuk pon dah macam bohsan gaban kui3
layan kan je laaa

tadi masa pegi uni aku pakai la jubah yang dari saiz mama mama aku pegi outer sampai jadi saiz cinonet hihi
lovely taww jubah tu,dahla warna hitam elegeennceee gitu kauu.ihiks
okay terlebey,xde sapa nak layan kauu boooo sama kauuu haha

orait kan before this aku ade ckp yg aku teringin banget jubah cutting umbrella,tapi tailor yang outer tu buat staright je la.kaciwa I taw ammu ;(
lepas tu aku padan kan la dengan scarf turki (konon) warna purple yang glitter2 gitu.
dari kejauhan pulau sipadan lagi dah nampak tu aku kiki.
tudung turki ni kain dia mcm kain satin taw.jadi pikir la sendiri betapa shining aku,lagilagi ditambah pulak duk menapak kat bawah sinaran matahari yang terik..auwww nampak macam lampu spotlight gitu akuu haha.

gaya aku selalu spoil,dah baju ok tetibe tudung plak problem,kerepot sana sini,kelembong kembong lah.aduh
susah nya x cun ni,semua nampak tak kena ;(
untunglaaa pen'skodeng's yang cuncun tuh.

haik.bersyukur dengan apa yang ade lahhh.alhamdulilah cukup sempurna sifat anggota badan hehe.

actually kepingin banget nak post pict tapi kualiti kamera phone huduh.kamera plak takde.
korang penah kenal tak kawan mcm aku ni.gila outdated,phone nokia,cabuk.huh..
tak pe t ade rezeki kite bila ye..

k papai.
p/s:entri takde point ;p

Monday, March 11, 2013

hari itu

salam uolls.
alang nak bercerita ni,sudila kiranye baca ye ;)

hari itu
lepas I update pasal fashionista #2
I got a call from malaysia,my lil sis
rasa cuak sebab takpernah dapat call pon from numb malaysia
I felt something strange
my sis told me to be patient,strong,
okay,
my mom meninggal dunia
after struggling about 5 months with stroke
okay,
I felt a big stone crushed my heart
this is much more pain than when my crush lied on me
much more.

hari itu
I cari tiket nak balik malaysia
walau sebenarnya I takmahu susahkan family nak pick me up at KLIA
3 hours journey not added with traffic jammed
pfftt
I wish I could live beside the KLIA.
reaching home
I felt relieve when I saw all my 6 siblings
they act like nothing happen or
they dont understand yet
that their mother will not come home forever

hari itu
we went to grave
reciting yassin together
before preparing for kenduri tahlil
for 7 days and 7 nights.

I do believe that everything happen to me and to all of us,
there is something arranged
about my failure,I didnt tell anyone in my family yet
let it be my secret till the end
as it is my fault
so I need to take a full responsibility on it.

alfatehah for my late mom.
dear Allah,please keep her with mereka yang beriman.

p/s:kasih ibu bawa ke syurga.
#sayangi ibu anda,jaga mereka sebaiknya sebelum terlewat ;)

Thursday, February 21, 2013

#2 fashionista

hai kepada semua yang baca ;)
wah ni tajuk aku ulang lagi hehe opkos selaku gadis remaja yang baru je nak mengenal dunia dunia macam ni ke'eksited'an aku tu wajar lah melampau hihi (harap takmuak baca)

okay sekarang ni kegilaan aku adalah pada kasut wedges.dah 3 malam jugak lah aku asyik menggoogle je kasut spesies nih hii (sampai masuk mimpi tuh)

well memandangkan kondisi kewangan sekarang bagaikan telur dihujung klcc makanya aku tunda dulu lah nak ushar kasut.takut terushar then terbeli pulak dah kena ikat perut pulok nnti ye :( (abes tmbah tecik kiteww) bhaahaa.

*oh my prince yang kayaraya lagi hensom dan alim mana kau*
-bajet dia nak belikan la untuk aku,cett prince pon aku takpernah jumpa lagi hikhik-

sumber dari encik google


wah,tunggu habes final la baru shopping,kalau pegi sekarang alamat makan indomie jelah dalam umah sorang sorang :( (sadiss !
orait pen'skodeng's sekalian hihi.hve a nice day.xoxo.(trend erk (?)




Sunday, February 17, 2013

indah

yang indah itu kadangkala bukan hanya datang daripada kebahagiaan,namun disebalik kepahitan itu terlindung pelbagai keindahan :)

aku sedang mengajar diri mencari keindahan itu,disebalik timbunan pahitnya hempedu ini.

aku perlu fokus pada apa yang aku cari.ya,dan tanpa ragu perlu yakin melaksanakannya.tapi acapkali aku lupa strateginya.ohh diri :(

#aku sedang rindu pada emak.sudah stabil kah ?

Thursday, February 14, 2013

fashionista

hye readers :)
entah mengapa barubaru ni asyik terfikir nak berjubahh hitamm je
plus pakai shawl.oww rasa mcm dah okay kan gaya tuh
hehe tapi tu laa terfikir je,tapi jubah pon aku tak dek haha
humm aku kena start beli dah ni

ni satu stail jubah yang aku admire
kalau ada sapesape yang nak belikan *xdeponnngg*

ni dari page abaya elegan
even duduk kat mesir ni saiz yang cenonet cam aku memang takpernah terbayang pulak ade dekat egypt ni.kalau ade dah lama aku borong.
k babai.

Friday, January 11, 2013

jumaat

hamdulilah,selesai solat dhuha dengan kahfi,so first aim hari ni setel..ow yeeehhh!

update belog sambil dengar paparazzi by greson chance(lol after reading Quran -.-')
hehehe just suka dengar dia main piano even ada banyak part yg dia miss several time..xpelah pada aku tak tahu key dia,main tekan2 je asal sedap telinga aku dengo nyee huwahuwa :p

and after this im gonna settle kuih ketayap yang tak habis siap tadi sebab dia punya kulit melekat kat frying pan..

dah dekat dua hari demam selsema,adey shrettt sana shrettt sini huhu *menjijikkan*
esok teman baby fathi lagi,dapat jugak lah ubat rindu pada firzana comel even mereka lain jantina tp feel baby lebih kurang je kan kan :)

nak tengok tak firzana saya ?
p/s:ini dia budak tabah yang lahir secara cs,masih sebulan tapi sudah diberhentikan susu badan sbb emak saya stroke.semoga dengan kasih sayang kakak2 nya dia terus jadi anak yang kuat !

Sunday, January 6, 2013

lemah

dah capai saratoga,konon nak lelap(padahal tak ngantok lg)tiba tiba mata pulak jadi mcm besar.
hum jadi dengan berbekal kan green tea lipton,sambil dengar lagu mermaid-yuna apa lah jadi halnya sepatah dua aku merapik dekat sini kan kan :)

-keep aiming something-
-start doing something-
-let the past be the past-
-ignore people whom ignore u- *not good actually*save them in doa :)
-be the best then iA u'll get the best-

5 motivational quotes ni selalu menerjang sel otak aku barubaru ni.
#Ya Allah,berikan ku kerajinan yg berganda pada perkara mahmudah.
-asyik terfikir benda jahat je recently-
gett off shuyhh shuhh.

fa inna ma'al 'usri yusra
-my bedtime story,
so hve u listing aim for tomorrow?!