Monday, November 26, 2012

korban kasih

ohh~banyaknya pengorbanan
sama ada menjadi yang terkorban atau yang dikorbankan atau yang mengorbankan
hahaa

alkisahnya adek aku timah(bukan nama sebenar)dapat tawaran masuk poli.dan semenjak dia berdebar debar nak tengok result dia dapat ke tak poli tu aku memang sentiasa ada kat sisi dia.aku tengok setiap gaya dia yang kadang tu gelabah tak tentu pasal masa nak buat urusan pasal poli ni.siap dah beli semua barang guna duit biasiswa dia sendiri.

tapi apa kan daya,emak makin tidak sihat,kalau sebelum ini kaki emak boleh digerakkan kali ini entah mana silapnya kaki tu macam jammed!hah!padahal lagi 2 minggu aku dan adek aku akan memulakan pelajaran kami.melihat ayah yang macam susah payah nak bantu emak dalam sesetengah perkara,adek aku ambil keputusan untuk tidak sambung pelajaran dahulu!adekkkkkk~~~

atas nasihat aku,embah,ayah dan emak..dia yakin dengan keputusannya itu,walau jauh dari sudut hatinya aku tahu dia mahu belajar sekarag.bayangkanlah kawan kawan lain semua sudah masuk belajar,sudah upload pic masing2 di fb.hingga untuk mengelak dari cemburu dia terpaksa deactivate fbnya..sedangkan adek aku masih di sini didalam dunia kotak ini.tapi aku yakin jika ikhlas pahalanya berganda dekk~

bila aku tenung bagasi yang sudah dibeli,kasut,baju,baldi erk!hah aku terasa pilu..kalau dahulu dia tunggu nak sambung belajar lepas emak habis pantang,bila habis pantang emak pula jatuh sakit.memang benar2 menguji..jika aku ditempatnya aku pun tidak tahu adakah aku mampu menanggung semuanya.

tapi janji tuhan itu benar.di balik tiap kesusahan pasti adanya banyak kemudahan.semoga kemudahan itu jelas untukmu dekk~



Wednesday, November 21, 2012

choi

adoi.bangun lewat sangatsangat,bangun tengok parents dah macam nak merajuk dengan feel anakanak daranya yang melampau!memang salah kami.
dosanya ditambah pulak dengan dosa miss subuh tadi.
hari yang indah dah dirobek dek kesilapan sendiri.memang yang jahat perlukan momentum yang kuat untuk sedia bangkit.semangattttt!!

semalam chat dengan sorang ex sek rendah aku.hah soalan pertama ko bile nak kwen?
soalan memancing nak tahu aku single lagi ke tak la tuh.haha
aku pon alkisah disebabkan boring melayanlah si mamat ni.tapi lamalama aku tersentak.eh ini kah yang kau cari dan ini kah yang dipelajari selama ini?huh jemari di keyboard mula mengendur.aku akur.ini bukan aku!bai.

tak mulia tapi mencari yang mulia.tak pemurah tapi cari yang pemurah.tinggal solat tapi cari yang tak miss solat.ohh fitrah manusia!wahai hati sila cari semula kepingan yang hilang itu,sebelum terus berderai dihempas.ayat xleh bla~

humm persoalan,kenapa rumah ni tak pernah nak bersih dan kemas?duhai adekadek ku sekalian silalah berkerjasama dengan kakakmu ini.tulang empat kerat ni dah lelah terpatah patah kerana korang haila hai~meh sini aku debik sekorsekor..*hep kata nak jadi mama cemerlang kena practise la dari sekarang hihi.

sidai kain tadi,perghh macam dah jadi lauk untuk breakfast si nyamuk aedes.cis sampai hati dorang serang aku ramairamai.kalau berani meh la lawan satu lawan satu.face to face lah~haha
adui humm ko gigit aku lagi.jap lagi aku telan kau eaaa.

grow up.grow up.grow up.
tolong aku.

salam sayang dari budak kecik yang teringin istana taj mahal ;)

tentang

menjaga orang sakit memang bukan perkara mudah.tanpa disertakan dengan keikhlasan segalanya menjadi amat payah.kesabarn tungak utama.

emak aku sakit,sudah hampir dua bulan.diserang stroke.dan aku sebagai seorang pelajar perubatan yang gagal,sekali lagi seakan gagal pabila emak sendiri tidak mampu aku layani selayaknya.walhal sudah ku tanamkan janji ku akan menjaganya.

penipuan yang aku lakukan akhirnya memakan diri aku sendiri.ya masakan kerja jahat mahu dibalas kebaikan.take note!tapi aku mengambil langkah melarikan diri.sudah kupohon maaf tapi andai itu tidak mencukupi baginya,maaflah takat itu yang kutermampu lakukan untuknya.jika ini pengakhiran maka aku siap siaga.sudah lebih 3 hari aku sasau memikirkannya.ya mungkin ini jalannya.semoga aku kuat seperti selalu.

rahsia itu masih utuh aku sembunyikan.bukan masa yang sesuai.tapi bila lagi agaknya.hah masalah yang bertimbun membuat jerawatku makin menimbun!

kewangan yang makin goyang.perancangan yang kelaut makin hanyut.oh wang silalah bertoleransi denganku.ha sudah boros!kepada bakal suami sila kerja kuat sebab bini awak akan berbelanja dengan sakan sangatsangat heeee.*maaf calon pon dah mau lari*

owh sekarang aku akan buat perancangan semoga hari esok akan lebih teratur dan terancang dengan redha dari nya.harapharap semangat macam ini akan terus berkibar cemerlang hingga keakhirnya.chill ;)

okay sekarang pegi tidur sebab aku rasa macam dah makin ganyut dengan kekurangan tidur*oh lebih tidur sebenarnya.hihihi

salam sayang budak mentah yang mahu terbang!