Monday, November 26, 2012

korban kasih

ohh~banyaknya pengorbanan
sama ada menjadi yang terkorban atau yang dikorbankan atau yang mengorbankan
hahaa

alkisahnya adek aku timah(bukan nama sebenar)dapat tawaran masuk poli.dan semenjak dia berdebar debar nak tengok result dia dapat ke tak poli tu aku memang sentiasa ada kat sisi dia.aku tengok setiap gaya dia yang kadang tu gelabah tak tentu pasal masa nak buat urusan pasal poli ni.siap dah beli semua barang guna duit biasiswa dia sendiri.

tapi apa kan daya,emak makin tidak sihat,kalau sebelum ini kaki emak boleh digerakkan kali ini entah mana silapnya kaki tu macam jammed!hah!padahal lagi 2 minggu aku dan adek aku akan memulakan pelajaran kami.melihat ayah yang macam susah payah nak bantu emak dalam sesetengah perkara,adek aku ambil keputusan untuk tidak sambung pelajaran dahulu!adekkkkkk~~~

atas nasihat aku,embah,ayah dan emak..dia yakin dengan keputusannya itu,walau jauh dari sudut hatinya aku tahu dia mahu belajar sekarag.bayangkanlah kawan kawan lain semua sudah masuk belajar,sudah upload pic masing2 di fb.hingga untuk mengelak dari cemburu dia terpaksa deactivate fbnya..sedangkan adek aku masih di sini didalam dunia kotak ini.tapi aku yakin jika ikhlas pahalanya berganda dekk~

bila aku tenung bagasi yang sudah dibeli,kasut,baju,baldi erk!hah aku terasa pilu..kalau dahulu dia tunggu nak sambung belajar lepas emak habis pantang,bila habis pantang emak pula jatuh sakit.memang benar2 menguji..jika aku ditempatnya aku pun tidak tahu adakah aku mampu menanggung semuanya.

tapi janji tuhan itu benar.di balik tiap kesusahan pasti adanya banyak kemudahan.semoga kemudahan itu jelas untukmu dekk~



No comments:

Post a Comment